Analisis Asas: Daripada Pemula kepada Pakar 

Analisis asas dalam perdagangan merupakan kaedah untuk menilai nilai intrinsik sesuatu aset melalui penilaian faktor ekonomi, kewangan, dan faktor pasaran kuantitatif atau kualitatif yang lain. Pendekatan ini membantu pedagang menentukan sama ada sesuatu aset dinilai terlalu tinggi atau terlalu rendah oleh pasaran, membolehkan mereka membuat keputusan perdagangan berdasarkan nilai yang dianggarkan dan bukannya semata-mata bergantung kepada analisis teknikal (pergerakan harga). Analisis asas mungkin termasuk pemeriksaan faktor ekonomi berkaitan seperti inflasi, kadar faedah, dan penunjuk mikroekonomi. 

Apakah perbezaan antara Analisis Asas dan Analisis Teknikal?  

Analisis asas berbeza daripada analisis teknikal. Apabila kita membicarakan aspek teknikal, ini bermaksud kita menganalisis apa yang dipaparkan pada carta perdagangan dengan menggunakan penunjuk, volum, corak, dan pelbagai alatan lain yang tersedia pada platform perdagangan bagi mengenal pasti titik masuk dan keluar yang berpotensi.  

Sesetengah pedagang lebih gemar menggunakan analisis teknikal semata-mata semasa berdagang, dan mereka berpuas hati dengan carta yang menunjukkan arah pergerakan instrumen kewangan tersebut. Begitu juga, sesetengah pedagang lebih gemar menggunakan analisis asas, jadi mereka hanya berdagang berdasarkan peristiwa besar seperti keputusan yang dibuat oleh bank dan kerajaan, atau kejadian yang berkaitan dengan bencana alam. 

Jangan terlalu mencari jawapan antara asas dan teknikal? , kerana tiada satu cara yang betul atau salah untuk diikuti semasa berdagang. Terserah kepada anda untuk memilih pendekatan yang paling sesuai dengan gaya perdagangan anda bagi memperoleh hasil terbaik menurut perspektif anda. Perlu diingat bahawa gabungan antara analisis teknikal dan asas boleh meningkatkan keputusan perdagangan anda, membolehkan anda membuat keputusan yang lebih bermaklumat serta mengelakkan risiko turun naik yang ketara akibat faktor asas yang tidak anda sedari. 

Cara Berdagang Menggunakan Analisis Asas: 

Dalam pasaran perdagangan forex yang dinamik, penting untuk memahami faktor makroekonomi yang memberi kesan ketara terhadap kestabilan ekonomi, pertumbuhan, dan dasar monetari sesebuah negara. Faktor-faktor ini turut mempengaruhi penawaran dan permintaan mata wang negara tersebut, menjejaskan nilai semasa dan masa hadapan. Oleh itu, apabila pedagang forex memantau dan mentafsir faktor-faktor makroekonomi ini, mereka dapat menganalisis trend jangka pendek dan jangka panjang serta menjangka pergerakan mata wang membolehkan mereka merangka strategi perdagangan yang bermaklumat.  

Mari kita mendalami butiran di bawah. 

Faktor Makroekonomi: 

I. Pertumbuhan Ekonomi (KDNK): 

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) mewakili jumlah nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sempadan negara dalam tempoh tertentu. KDNK mencerminkan tahap kesihatan dan pertumbuhan ekonomi. Apabila KDNK meningkat, ini menunjukkan ekonomi sedang berkembang; sebaliknya, penurunan KDNK menandakan kelemahan atau kemelesetan ekonomi.  

Pedagang forex memantau pengumuman KDNK dengan teliti kerana perubahan dalam angka tersebut boleh memberi kesan ketara terhadap pergerakan mata wang serta mendorong kerajaan membuat keputusan yang turut berupaya mempengaruhi pasaran. Oleh sebab itu, Pedagang biasanya cuba menjangka pengeluaran data KDNK dan meletakkan perdagangan mereka berdasarkan data tersebut. 

Terdapat pelbagai reaksi terhadap KDNK yang dipantau rapat oleh pelabur:  

  1. KDNK dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan:  

Apabila angka KDNK sesebuah negara dikeluarkan lebih rendah daripada jangkaan, hal ini menunjukkan kemerosotan ekonomi dan prestasi yang mengecewakan, yang boleh menyebabkan mata wang kehilangan nilai berbanding mata wang lain. Sebagai contoh, apabila KDNK Amerika Syarikat lebih rendah daripada jangkaan, hal tersebut menunjukkan bahawa dasar monetari mungkin memutuskan untuk melonggarkan kadar faedahnya atau tidak menaikkannya. Perkara tersebut menjadikan pelaburan dalam Dolar Amerika Syarikat kurang menarik. Justeru, dolar mungkin menyusut. 

  1. KDNK dikeluarkan seperti yang dijangkakan: 

Apabila angka KDNK sesebuah negara dikeluarkan seperti yang dijangkakan, harga mata wang cenderung berdagang secara bercampur tanpa hala tuju yang jelas. Dalam situasi sebegini, pedagang biasanya mencari butiran tambahan untuk mentafsir kemungkinan seterusnya, mendorong pelabur meneliti angka KDNK dari beberapa tahun terdahulu atau tempoh yang sama pada tahun sebelumnya untuk tujuan perbandingan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih menyeluruh. 

  1. KDNK dikeluarkan lebih tinggi daripada jangkaan:  

KDNK yang melebihi jangkaan lazimnya menguatkan mata wang sesebuah negara dan mencerminkan bahawa ekonominya merupakan persekitaran perniagaan yang menarik. Keadaan ini meningkatkan keyakinan pengguna dan merangsang aktiviti ekonomi dalam negara. Sebagai contoh, jika KDNK Amerika Syarikat diumumkan lebih tinggi daripada jangkaan, kita mungkin melihat Dolar Amerika Syarikat mengukuh berbanding mata wang lain. 

II. Inflasi: 

Inflasi mengukur kadar perubahan kuasa beli wang dari semasa ke semasa, serta perubahan beransur-ansur dalam harga barangan dan perkhidmatan. Apabila harga meningkat akibat inflasi, setiap unit wang menjadi kurang bernilai. 

Kadar inflasi merujuk kepada harga purata bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan terpilih dalam tempoh setahun. Kadar inflasi yang tinggi menunjukkan harga meningkat dengan cepat, manakala kadar inflasi yang lebih rendah menunjukkan peningkatan harga yang lebih perlahan. 

Sebagai tindak balas kepada kadar inflasi, bank pusat menyatakan bahawa kadar inflasi yang lebih tinggi boleh mendorong mereka menaikkan kadar faedah bagi mengehadkan kenaikan harga. Kadar faedah yang lebih tinggi akan menjadikan sesebuah negara lebih menarik untuk pelaburan asing disebabkan kadar faedah yang tinggi, dan dengan itu, mata wang negara tersebut akan mengalami peningkatan nilai.  

Sebagai contoh, apabila Bank Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah, hal akan menjadikan dolar lebih menarik untuk negara asing melabur, disebabkan kadar faedah yang tinggi. Jadi kita cenderung melihat indeks Dolar Amerika Syarikat meningkat dalam kes tersebut; sebaliknya, jika Bank Rizab Persekutuan menurunkan kadar faedah, dolar Amerika Syarikat kehilangan peningkatan nilai.  

III. Kadar Faedah: 

Perubahan kadar faedah oleh bank pusat lazimnya memberi kesan kepada pasaran pertukaran asing. Kadar faedah bertindak balas terhadap penunjuk ekonomi, jadi sebarang perubahan mengejut dalam kadar tersebut mungkin akan mempengaruhi pedagang. 

Kadar faedah mewakili peratusan faedah ke atas prinsipal. Sama ada sebagai pulangan kepada pemberi pinjaman atau sebagai caj ke atas peminjam. Kadar tersebut merupakan kos hutang peminjam dan kadar pulangan bagi pemberi pinjaman. 

Apabila anda mengambil pinjaman, anda akan membayar prinsipal berserta peratusan tambahan sebagai pampasan kepada pemberi pinjaman. Jumlah tambahan tersebut dianggap sebagai pulangan bagi pemberi pinjaman dan sebagai kos pinjaman untuk peminjam.   

Bagaimanakah perubahan kadar faedah memberi kesan kepada pasaran mata wang, saham, dan komoditi? 
  • Bagi pasaran mata wang, apabila bank pusat sesebuah negara menaikkan kadar faedah, mata wang negara tersebut menjadi lebih menarik kepada pelaburan asing, yang akan meningkatkan nilai mata wangnya berbanding mata wang lain. Sebaliknya, kadar faedah yang lebih rendah boleh menyebabkan mata wang menyusut nilainya. 

Sebagai contoh, katakan BOE memutuskan untuk menurunkan kadar faedah, dan Bank Rizab Persekutuan berhasrat untuk mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi atau menaikkannya. Dalam keadaan tersebut, GBP akan menyusut nilainya disebabkan hasil pulangan faedah yang lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, dolar Amerika Syarikat akan mengukuh disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah, yang akan mempengaruhi pergerakan GBP/USD. 

  • Bagi Pasaran Saham, kadar faedah yang lebih tinggi akan memberi kesan negatif kepada harga saham disebabkan peningkatan kos pinjaman, yang mengurangkan keuntungan syarikat dan memperlahankan aktiviti pengembangan. Tambahan pula, keadaan ini akan menyebabkan saham menjadi kurang menarik berbanding aset berisiko rendah seperti bon, kerana kadar faedah yang lebih tinggi akan meningkatkan kadar diskaun yang digunakan untuk menilai pendapatan masa hadapan sesebuah syarikat. 
  • Bagi Komoditi, pertimbangannya adalah tentang kos peluang; kadar faedah yang lebih tinggi berpotensi menjadikan aset seperti komoditi (aset yang tidak menghasilkan pulangan) kurang menarik berbanding aset yang menjana pulangan faedah. 

Kadar faedah merupakan pemacu asas yang penting dalam pasaran kewangan, yang mesti dipantau oleh para pedagang. Data ekonomi ini boleh membantu mereka menjangka pergerakan pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang lebih bermaklumat. 

IV. Pengangguran: 

Kadar pengangguran mengukur peratusan tenaga kerja yang sedang mencari pekerjaan. Kadar tersebut merupakan penunjuk penting kepada tahap kesihatan ekonomi dan dipantau rapat oleh bank pusat ketika menetapkan dasar monetari, terutamanya yang berkaitan dengan kadar faedah. 

Kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan keadaan ekonomi yang tidak sihat dan menjejaskan penggunaan dan produktiviti sesebuah negara, yang boleh melemahkan keyakinan terhadap mata wang negara tersebut dan menyebabkan kejatuhan nilainya. Sebaliknya, kadar pengangguran yang rendah mencerminkan ekonomi yang sihat dan menyumbang kepada pengukuhan nilai mata wang.  

Dari perspektif sentimen pasaran, kadar pengangguran yang rendah meningkatkan keyakinan dan menambah selera risiko, yang boleh menggalakkan permintaan terhadap mata wang berpulangan tinggi dan aset modal. Sebaliknya, kadar pengangguran yang tinggi akan mengurangkan selera risiko dan menyokong permintaan terhadap mata wang pelabuhan selamat atau aset tanpa pulangan seperti emas dan perak. 

V. Dasar Fiskal: 

Dasar fiskal merujuk kepada perbelanjaan dan percukaian kerajaan yang digunakan untuk mempengaruhi keadaan ekonomi, sama ada ketika berlaku kemelesetan atau semasa pertumbuhan. Semasa kemelesetan, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan cukai bagi merangsang aktiviti ekonomi. Sebaliknya, apabila inflasi meningkat, kerajaan cenderung menaikkan kadar faedah dan mengurangkan perbelanjaan bagi memperlahankan pertumbuhan ekonomi.  

 Terdapat dua jenis dasar fiskal:  

  1. Dasar fiskal mengembang: kadar cukai yang lebih rendah, perbelanjaan kerajaan yang tinggi bagi meningkatkan permintaan agregat, dan merangsang pertumbuhan ekonomi. 

Dasar ini meningkatkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan mata wang dalam jangka panjang, manakala kesan serta-merta terhadap pasaran mungkin bercampur dan tidak menunjukkan hala tuju yang jelas bagi mata wang. 

  1. Dasar fiskal mengetat: kadar faedah yang lebih tinggi serta pengurangan perbelanjaan kerajaan merupakan langkah untuk mencegah atau mengurangkan kadar inflasi. 

Dasar ini memberikan kesan yang bertentangan dengan dasar fiskal mengembang, jadi pelabur mungkin mengurangkan keyakinan disebabkan peningkatan kos pinjaman dan bersikap lebih berhati-hati dalam aktiviti perdagangan. Mereka cenderung menumpukan pada aset pelabuhan selamat pada masa tersebut dan mengelakkan aset dan mata wang berfaedah. 

VI. Dasar Monetari: 

Dasar monetari merujuk kepada satu set tindakan yang diambil oleh bank pusat untuk mengawal bekalan wang dan mencapai pertumbuhan ekonomi. Terutamanya melalui pelarasan kadar faedah dan alatan seperti pelonggaran kuantitatif dan pengetatan kuantitatif, QE bermaksud bank pusat menyuntik kecairan ke dalam pasaran (menambah bekalan wang) untuk merangsang ekonomi melalui pembelian aset (Bon Kerajaan). QE boleh melemahkan mata wang; manakala, QT merupakan kitaran sebaliknya, iaitu apabila bank pusat menyerap kecairan (mengurangkan bekalan wang) daripada pasaran, yang akan mengukuhkan mata wang. 

Pedagang perlu memerhati dengan teliti data dan peristiwa ekonomi utama, termasuk sebarang mesyuarat dan ucapan oleh pembuat dasar berkaitan faktor-faktor utama tersebut, semasa berdagang dalam pasaran pertukaran asing. Sebarang perubahan dalam dasar ini akan mempengaruhi pergerakan harga mata wang asas, membolehkan pedagang menjangka peralihan harga berdasarkan faktor makroekonomi tersebut. 

Indeks ekonomi utama yang perlu diberi perhatian oleh pedagang: 

Dua indeks utama dipantau rapat oleh bank pusat apabila membuat keputusan kadar faedah Pedagang juga perlu memberi perhatian kepada indeks ini untuk menjangka keputusan bank pusat berkaitan dasar kadar faedah, yang akan membantu mereka memperhalusi strategi perdagangan.   

  1. Indeks Harga Pengguna- CPI: 

Indeks Harga Pengguna (CPI) mengukur perubahan keseluruhan harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa. Indeks tersebut menunjukkan perubahan dalam bentuk peratusan berdasarkan bulan ke bulan (MoM) dan tahun ke tahun (YoY). 

CPI Teras merupakan angka pilihan utama bagi bank pusat kerana tidak mengambil kira komponen makanan dan bahan api yang tidak menentu, dan ini memberikan data yang lebih tepat. Apabila CPI teras melebihi paras 2%, hal ini lazimnya menunjukkan bahawa bank pusat akan menaikkan kadar faedah untuk mengawal kadar inflasi yang semakin meningkat, dan sebaliknya. Apabila CPI jatuh menghampiri atau di bawah paras 2%, bank pusat berkemungkinan akan menurunkan kadar untuk menyokong ekonomi dan memperlahankan kadar deflasi. 

Secara umum, kadar faedah yang tinggi menarik aliran masuk modal, yang menguntungkan mata wang; ini juga boleh membantu mengurangkan inflasi tinggi akibat barangan dan perkhidmatan import. Sebaliknya, apabila kadar inflasi menurun, perkara sebaliknya akan berlaku. Oleh sebab itu, pedagang perlu memantau indeks ini dengan teliti untuk meramal reaksi pasaran selepas data dikeluarkan, sama ada melepasi atau berada di bawah ambang 2%. Langkah ini membolehkan pedagang membuat keputusan perdagangan yang lebih bermaklumat dan mengurangkan pendedahan kepada risiko yang tidak perlu. 

  1. Indeks Harga Pengeluar- PPI: 

Indeks Harga Pengeluar (PPI) mengukur purata perubahan harga barangan dan perkhidmatan dari perspektif pengeluar atau pembekal perkhidmatan. Bacaan PPI yang tinggi menunjukkan bahawa kos pembuatan adalah tinggi dan mengalami inflasi, yang menandakan potensi kenaikan kadar faedah serta memberikan implikasi positif terhadap mata wang negara. Sebaliknya, bacaan PPI yang rendah menunjukkan bahawa kos pembuatan yang sederhana dan boleh diterima, meramalkan penstabilan atau penurunan kadar faedah, yang akan memberi kesan negatif kepada mata wang negara. 

Indeks harga pengeluar (PPI) mengukur inflasi di peringkat borong, manakala indeks harga pengguna (CPI) mencerminkan harga di peringkat pengguna. Kedua-duanya diterbitkan secara bulanan. Kedua-dua set data inflasi digunakan untuk menilai arah trend keputusan kadar faedah. 

Kesimpulan: 

Analisis asas meneliti semua faktor yang mempengaruhi nilai intrinsik mata wang menggunakan alatan seperti KDNK, inflasi, kadar faedah, pengangguran, serta dasar fiskal/monetari. Analisis ini merangkumi data ekonomi penting, seperti CPI dan PPI, untuk membantu pedagang menjangka keputusan bank pusat serta reaksi pasaran. Ini berbeza dengan analisis teknikal, yang memberi tumpuan kepada corak carta dan penunjuk teknikal di platform, yang digunakan untuk mentafsir sama ada sesuatu mata wang terlebih nilai atau terkurang nilai. Oleh itu, pedagang disarankan untuk menggabungkan kedua-dua analisis teknikal dan asas apabila berdagang untuk memperbaiki strategi mereka dan memantau masa perdagangan mereka. 

Inflasi dalam Konteks Emas

Kepentingan Emas Sepanjang Turun Naik Ekonomi 

Emas membangkitkan visi tentang peti harta karun, mahkota raja, dan peti besi kebal. Selama berabad-abad, logam kuning yang berkilau ini telah memukau manusia, bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai asas utama struktur ekonomi. Ciri fizikalnya, kekurangan, ketahanan, kebolehbahagian, kemudahalihan, dan penerimaan sejagat menjadikan emas medium pertukaran dan unit akaun yang sempurna jauh sebelum kemunculan instrumen kewangan moden. Daripada syiling elektrum Lydia abad ke-7 SM hingga peranannya dalam menyokong sistem Bretton Woods sehingga 1971, emas telah terjalin dalam fabrik perdagangan antarabangsa dan dasar monetari dunia. 

Dalam pembayaran digital yang didominasi oleh mata wang fiat dan derivatif kewangan canggih, emas masih mengekalkan nilai yang luar biasa, dan kerap bertentangan dengan kitaran ekonomi Tidak termasuk aplikasi perindustriannya dalam elektronik, pergigian, dan industri aeroangkasa, emas kekal penting dalam portfolio pelaburan yang pelbagai serta sebagai pegangan strategik bank pusat global. 

Apakah itu Inflasi Emas? Memahami Konsep 🏅 

Inflasi emas menjelaskan bagaimana inflasi mempengaruhi harga dan nilai emas. Lebih khusus, konsep ini menerangkan hubungan antara peningkatan kadar inflasi dan kenaikan kos barangan, perkhidmatan, serta harga emas. 

Mengapakah Emas Bertindak Balas Terhadap Inflasi? 

Inflasi mengurangkan kuasa beli wang fiat, jadi secara beransur-ansur, setiap unit boleh membeli lebih sedikit barangan dan perkhidmatan. Oleh sebab emas merupakan komoditi fizikal ketara dengan nilai intrinsik, emas umumnya dilihat sebagai lindung nilai terhadap kuasa beli wang yang semakin merosot. Pelabur mencari emas apabila inflasi mengancam nilai kekayaan mereka, yang membawa kepada peningkatan permintaan dan harga. 

Berbeza dengan mata wang fiat, yang bekalannya boleh diperluaskan melalui dasar fiskal dan monetari kerajaan, emas mempunyai bekalan yang agak tetap dan telah mengekalkan kuasa beli selama berabad-abad. Oleh itu, emas mewakili satu bentuk lindung nilai inflasi yang istimewa, iaitu “dasar insurans” fizikal terhadap pencairan mata wang. 

Inflation_in_Gold1

Mengapakah Emas Masih Penting? 

Populariti jangka panjang emas berpunca daripada statusnya sebagai “aset selamat”. Pelabur bergegas kepada emas dalam pergolakan ekonomi, ketegangan geopolitik, atau panik pasaran. Berbeza dengan mata wang yang bergantung pada kesihatan kewangan dan dasar monetari negara pengeluar, atau saham dan bon yang berakar pada prestasi syarikat dan keupayaan kredit, emas tidak membawa risiko rakan niaga. Nilainya tidak bergantung kepada janji atau kewajipan, emas merupakan simpanan kekayaan fizikal yang nilainya kekal apabila keyakinan terhadap sistem kewangan runtuh. 

Lihatlah sejarah terkini: 

  • Dalam krisis kewangan 2008–2009, harga emas melambung tinggi apabila bank-bank runtuh dan pasaran menjunam, memperlihatkan statusnya sebagai aset tempat selamat. 
  • Semasa wabak COVID-19 2020, emas sekali lagi melonjak di tengah ketidakpastian ekonomi dan rangsangan monetari yang belum pernah berlaku sebelum ini. 
  • Pada tahun 2025, emas mencatat rekod melebihi USD 3,000 setiap auns troy apabila kebimbangan terhadap tarif global dan ketegangan geopolitik meningkat. 

Walaupun kestabilan ekonomi dan politik dipulihkan, permintaan terhadap emas jarang sekali lenyap. Permintaan institusi, terutamanya daripada bank pusat, terus menyokong pasaran. Walaupun standard emas telah berakhir pada tahun 1970-an, bank pusat secara kolektif memegang lebih 35,000 tan metrik, menggunakan rizab emas sebagai pempelbagai aset, sandaran ketika krisis, dan proksi untuk kekuatan kewangan. Pasaran baru muncul seperti China, India, Turki, dan Rusia telah meningkatkan pembelian emas untuk mengurangkan pendedahan kepada dolar Amerika Syarikat dan menuntut kedaulatan kewangan. 

Kebangkitan kenderaan pelaburan yang mudah diakses seperti Dana Perdagangan Bursa (ETF) bersandarkan emas telah mendemokrasikan pelaburan emas, membolehkan individu meraih pendedahan tanpa perlu menguruskan jongkong fizikal. Kebolehcapaian ini menguatkan pengaruh sentimen pelabur runcit dan institusi terhadap harga. 

Emas merupakan aset fizikal dalam dalam era aset tidak ketara, repositori nilai bersejarah apabila wang kertas kehilangan kepercayaan, dan rizab asing bagi kerajaan yang mengurus ekonomi global yang kompleks. Harganya mencerminkan ketidakpastian ekonomi global, dasar kadar faedah, kebimbangan inflasi, dan ketidakpastian geopolitik. 

Bagaimanakah Inflasi Mempengaruhi Harga Emas dalam Pasaran Kewangan? 

The Intuition Behind Gold as an Inflation Hedge

Salah satu korelasi yang paling kerap dirujuk dalam kewangan adalah antara inflasi dan emas. Pendapat popular menyatakan bahawa emas berfungsi sebagai lindung nilai inflasi: apabila harga meningkat dan kuasa beli mata wang fiat merosot, harga emas pula meningkat, mengekalkan nilai kekayaan. 

Intuisi Di Sebalik Emas sebagai Lindung Nilai Inflasi 

Apabila nilai dolar pada masa depan lebih rendah berbanding hari ini, pelabur cenderung untuk memiliki emas, yang bekalannya terhad dan harganya tidak bergantung kepada langkah-langkah inflasi. Sejarah mencatatkan beberapa fasa dengan korelasi tinggi, seperti semasa stagflasi di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an, apabila kadar inflasi melonjak, pengembangan ekonomi perlahan, dan harga emas meningkat daripada sekitar USD 35 kepada lebih USD 800 setiap auns menjelang 1980, memberikan perlindungan penting terhadap penyusutan kuasa beli. 

Mengapakah Hubungan Ini Tidak Selalu Sempurna 

  • Kadar Faedah: Emas lebih responsif terhadap kejutan inflasi atau apabila kadar inflasi melebihi hasil kadar faedah. Inflasi yang berkembang secara beransur dan seimbang dengan kadar faedah tidak akan mencetuskan lonjakan minat terhadap emas, kerana aset-aset lain mampu mengimbangi kesan inflasi. 
  • Skala Masa: Peranan emas sebagai lindung nilai inflasi lebih menyerlah dalam tempoh puluhan tahun atau abad; pergerakan harga jangka pendek lazimnya mencerminkan spekulasi, perubahan kadar faedah, atau faktor geopolitik. 
  • Jenis Inflasi: Emas bertindak balas secara berbeza terhadap inflasi tarikan permintaan (disebabkan pertumbuhan ekonomi yang berkembang pesat) dan inflasi tolakan kos (disebabkan peningkatan kos atau kejutan bekalan). Inflasi tolakan kos yang disertai kelemahan ekonomi cenderung lebih menguntungkan emas. 
  • Lindung Nilai Inflasi Pesaing: Komoditi, hartanah, dan saham kadangkala menjadi pesaing kepada emas sebagai lindung nilai inflasi, yang memberi kesan kepada permintaan. 
  • Kredibiliti Bank Pusat: Kepercayaan orang ramai terhadap keupayaan bank pusat mengurus inflasi boleh mengurangkan daya tarikan emas sebagai lindung nilai inflasi, manakala keraguan terhadap bank pusat meningkatkan permintaan. 

Walaupun inflasi menyokong harga emas dengan mengurangkan daya tarikan mata wang fiat, hubungan antara keduanya tidak berlaku secara langsung satu lawan satu. Pelabur menggunakan emas sebagai perlindungan terhadap inflasi yang tidak dapat dikawal atau situasi yang merosakkan nilai mutlak aset. 

Kesan Kadar Faedah terhadap Harga Emas 

Walaupun inflasi biasanya menguntungkan emas, kadar faedah umumnya bertindak sebagai pengimbang. 

Emas dan Kos Peluang 

Emas tidak menjana pendapatan, tiada dividen, kupon, atau faedah. Apabila kadar faedah meningkat, aset berhasil seperti bon menjadi lebih menarik, lalu meningkatkan kos peluang untuk memiliki emas dan memberikan tekanan menurun terhadap harganya. Sebaliknya, kadar faedah sebenar yang menurun atau negatif mengurangkan kos ini, lalu meningkatkan daya tarikan emas. 

Kadar Faedah Nominal berbanding Benar 

Kadar faedah benar (iaitu kadar nominal ditolak inflasi) ialah ukuran yang lebih tepat. Sebagai contoh: 

  • Katakan kadar faedah nominal ialah 5% dan inflasi 1%. Hasil benar positif 4% memihak kepada bon berbanding emas. 
  • Katakan kadar nominal adalah 1% dan inflasi adalah 5%. Kadar benar -4% menjadikan emas lebih menarik secara relatif walaupun mempunyai hasil sifar. 

Bank pusat, terutamanya Rizab Persekutuan AS memainkan peranan penting dalam menentukan kadar tersebut. Pasaran menjangkakan perubahan kadar; oleh itu, emas cenderung menurun menjelang kenaikan yang dijangkakan dan meningkat apabila pengurangan kadar dijangkakan. 

Faktor Dolar 

Kerana emas dinilai dalam USD, pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat memberi kesan kepada kekuatan dolar. Apabila dolar mengukuh, emas menjadi lebih mahal dalam mata wang lain dan oleh itu permintaan menurun, manakala dolar yang melemah mempunyai kesan sebaliknya. 

Bagaimanakah Interaksi antara Emas, Inflasi, dan Kadar Faedah 

Faktor-faktor tersebut jarang bergerak secara bebas, interaksi mereka menentukan laluan emas. 

Senario Ekonomi yang Menunjukkan Interaksi Tersebut 

  • Inflasi Tinggi + Kadar yang Terus Meningkat: Peningkatan kadar benar boleh mengatasi sokongan inflasi, memberi tekanan kepada emas, terutamanya jika pasaran menjangkakan bank pusat mampu membendung inflasi tanpa mencetuskan kemelesetan 
  • Stagflasi (Inflasi Tinggi + Pertumbuhan Rendah + Kadar Benar Rendah): Senario terbaik untuk emas, dengan permintaan yang dipacu oleh inflasi, dengan kos peluang yang rendah 
  • Deflasi + Kadar Rendah: Deflasi menurunkan permintaan lindung nilai inflasi, tetapi ketakutan ekonomi dan kadar rendah boleh mengukuhkan tarikan emas sebagai pelabuhan selamat. 
  • Pertumbuhan Stabil + Inflasi Sederhana + Kadar Benar Positif: Permintaan tempat selamat yang melemah dan tarikan aset berpendapatan hasil menghalang prestasi emas. 

Emas merupakan penunjuk utama jangkaan konsensus pasaran mengenai inflasi, hasil benar, dan kestabilan kewangan. Emas mencerminkan keseimbangan pelbagai rupa kuasa ekonomi dan sentimen pelabur. 

Ramalan Konsensus untuk Harga Emas 

Satu pasukan yang terdiri daripada 30+ pakar meramalkan harga emas akan menyusut sedikit daripada paras tertinggi baru-baru ini pada hampir USD 3,300 seauns, namun dijangka kekal tinggi sekitar USD 3,000 sehingga tahun 2029, berikutan ketegangan geopolitik, permintaan barang kemas dari Asia, dan pemerolehan oleh bank pusat, khususnya dari negara sedang membangun. Ramalan berbeza secara meluas daripada kurang daripada USD 2,000 hingga melebihi USD 4,000 menjelang 2029, mencerminkan volatiliti emas dalam menghadapi dinamik global yang tidak stabil. 

Kesimpulan 

Akhirnya, walaupun dengan inovasi teknologi dan modal, fungsi emas sebagai pelindung kekayaan dan lindung nilai inflasi tidak terjejas. Kekurangan fizikal, penerimaan global, dan sifat ekonomi yang unik menjadikannya aset teras dalam kitaran pengembangan ekonomi, inflasi, dan ketidakpastian. Kesedaran pelabur terhadap interaksi halus antara inflasi, kadar faedah, dan faktor global adalah penting bagi memanfaatkan potensi emas sebagai insurans portfolio. Kedudukan emas dalam masyarakat manusia adalah bersejarah dan kekal, serta akan terus relevan.

101 Perdagangan Forex: Panduan Penting Anda

Panduan Pedagang: Apakah itu Perdagangan Forex?

Forex merujuk kepada pertukaran mata wang asing, tempat individu, pelabur, bank, kerajaan, atau institusi membeli atau menjual mata wang. Setiap kali anda perlu menukar mata wang tempatan kepada mata wang negara lain, anda sebenarnya sedang mengambil bahagian dalam pasaran pertukaran asing. Kadar pertukaran mata wang sentiasa berubah dan tidak tetap. Semasa berdagang mata wang, pelabur memperoleh manfaat daripada turun naik kadar pertukaran. 

Pasaran forex merupakan pasaran paling cair dan terbesar di dunia, dengan jumlah perdagangan harian melebihi $7.5 trilion, merangkumi pasaran saham, pasaran komoditi, perdagangan pasangan mata wang, dan bursa kewangan lain, seperti niaga hadapan dan derivatif. Perbincangan seterusnya akan mendalami jenis-jenis pasaran forex, maksud pasangan forex, dan konsep utama dalam perdagangan forex yang perlu difahami oleh pedagang. 

Apakah itu Perdagangan Forex? 

Perdagangan forex merupakan pasaran over-the-counter yang tidak berpusat, tidak seperti pasaran saham. Transaksi perdagangan dilakukan secara elektronik, tanpa mata wang fizikal atau interaksi bersemuka, kerana perdagangan berlaku melalui rangkaian komputer yang menghubungkan pedagang di seluruh dunia. Pasaran beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu, dari Isnin hingga Jumaat. 

 
Nilai mata wang dunia, kadar pertukarannya, atau berapa banyak satu mata wang boleh membeli mata wang lain, ditentukan oleh penawaran dan permintaan semasa sesi perdagangan. Penawaran dan permintaan juga dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi negara, inflasi, dasar monetari bank pusat, dan keadaan politik negara. Semua faktor ini memberi kesan kepada kadar pertukaran pasangan mata wang yang didagangkan. 

Asas Pasangan Mata Wang: 

Pasaran pertukaran mata wang asing (forex) tertumpu terutamanya kepada pasangan mata wang; semua transaksi perdagangan dalam pasaran dijalankan menggunakan pasangan tersebut. Setiap pasangan terdiri daripada dua mata wang: satu merupakan mata wang asas dan satu lagi ialah mata wang sebut harga. Kadar pertukaran berubah bergantung pada nilai setiap mata wang dalam pasangan, yang dipengaruhi oleh kadar faedah mata wang terlibat. Contohnya, EURUSD; BOE mengenakan kadar faedah yang lebih rendah manakala Federal Reserve AS mengenakan kadar faedah yang bersifat hawkish. Perbezaan antara kadar faedah ini menyebabkan mata wang berubah nilai mengikut perbezaan tersebut.  

Pasangan mata wang membandingkan nilai satu mata wang dengan mata wang lain dalam pasangan yang sama. Pasangan mata wang menunjukkan jumlah yang diperlukan dalam mata wang sebut harga untuk membeli satu unit mata wang asas. Semasa berdagang dalam pasaran forex, setiap pembelian satu mata wang secara serentak diimbangi dengan penjualan mata wang lain; namun begitu, pasangan mata wang itu sendiri dianggap sebagai satu instrumen unit tunggal yang dibeli atau dijual.  

Pasangan mata wang disebut harga berdasarkan harga bida dan harga tanya. Harga bida merupakan harga yang akan dibayar oleh broker forex kepada pedagang untuk menukar mata wang asas dengan mata wang sebut harga. Sebaliknya, harga tanya merupakan harga yang akan diminta oleh broker daripada pedagang untuk menukar mata wang asas kepada mata wang sebut harga.  

Pasangan mata wang diklasifikasikan kepada tiga jenis:  

Pasangan Mata Wang Utama: 

Pasangan mata wang utama merupakan yang paling banyak didagangkan dalam kalangan mata wang dunia. Semua pasangan mata wang utama dikaitkan dengan Dolar AS. Pasangan utama dikategorikan berdasarkan volum perdagangan harian bagi setiap pasangan. Contohnya, pasangan EURUSD merupakan pasangan paling cair di dunia disebabkan volum perdagangannya yang tinggi. Mata wang asasnya ialah EUR, manakala mata wang sebut harganya ialah Dolar AS. Pasangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai berapa banyak dolar yang anda perlukan untuk membeli satu euro? Sekiranya EURUSD disebut pada 1.13, ini bermakna anda memerlukan 1.13 dolar AS untuk menukar kepada 1 euro. Mata wang utama lain termasuk: 

  • EUR/USD 
  • USD/JPY 
  • USD/CHF 
  • AUD/USD 
  • USD/CAD  

Pasangan Mata Wang Kecil: 

Pasangan mata wang kecil, yang tidak melibatkan dolar AS, juga dikenali sebagai crosses. Pasangan ini mempunyai spread yang lebih luas dan kurang cair berbanding pasangan mata wang utama. Mata wang kecil (crosses) termasuk:  

  • GBP/JPY 
  • EUR/GBP 
  • EUR/AUD 
  • AUD/JPY 
  • EUR/CAD 
  • NZD/JPY 
  • GBP/AUD 

Pasangan Mata Wang Eksotik: 

Jenis pasangan ini berbeza daripada pasangan utama dan kecil. Pasangan eksotik terdiri daripada satu mata wang utama dan satu lagi daripada ekonomi yang lebih kecil atau kurang biasa didagangkan, lazimnya dari pasaran baru muncul. Spread mereka jauh lebih luas, dan kecairannya  lebih rendah Volatiliti yang tinggi boleh menyebabkan turun naik harga yang lebih ketara. Oleh itu, pasangan mata wang eksotik dianggap lebih berisiko. Contohnya, pasangan mata wang (USD/SGD). Pasangan mata wang eksotik lain termasuk:  

  • USD/TRY 
  • EUR/TRY 
  • EUR/THB 
  • USD/HKD 

Apakah Jenis Pasaran Forex?  

Terdapat tiga jenis pasaran forex yang berbeza 

  1. Pasaran Forex Spot: 

Pasaran spot merujuk kepada penghantaran serta-merta bagi urus niaga membeli dan menjual pasangan mata wang yang didagangkan pada harga spot. Harga spot merupakan kadar pasaran semasa. Pelbagai pihak terlibat dalam pasaran spot, termasuk bank perdagangan besar, bank pelaburan, bank pusat, peniaga, broker, dan individu.. Peserta utama dalam perdagangan spot merupakan bank perdagangan dan pelaburan besar, yang berdagang bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga bagi pihak pelanggan mereka. 

Pasaran spot mendapat manfaat daripada volum tinggi pasangan mata wang yang dibeli dan dijual, disebabkan kecairan yang ketara, yang menawarkan spread ketat, membolehkan pedagang memaksimumkan keuntungan mereka dan mengambil peluang daripada perdagangan berkos rendah. Selain itu, ciri tersebut menjadikan pasaran spot kurang berisiko berbanding pasaran lain. 

Ciri utama pasaran forex spot: 

  • Kebolehcapaian: Para pemula sering bermula dengan perdagangan forex spot kerana relatif mudah dan boleh diakses. 
  • Desentralisasi: Pedagang boleh berdagang forex dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan bursa berpusat. 
  • Penyelesaian segera: Ciri penyelesaian (T+1), iaitu satu hari perniagaan untuk penyelesaian transaksi. 
  • Kadar spot: Kadar masa nyata merujuk kepada keseimbangan semasa penawaran dan permintaan.  
  1. Pasaran Forex Forward:  

Pasaran ini dianggap sebagai pasaran OTC, iaitu tempat dua pihak bersetuju untuk berdagang sekuriti atau instrumen kewangan pada harga tertentu pada tarikh masa hadapan. Kedua-dua pihak boleh terdiri daripada individu, syarikat, atau institusi kewangan seperti bank. Jenis perdagangan ini kebanyakannya digunakan untuk komoditi sama ada bagi tujuan lindung nilai terhadap risiko harga atau spekulasi terhadap pergerakan harga masa hadapan. 

Ciri utama pasaran forex forward: 

  • Tujuan lindung nilai: pasaran forex forward menyediakan lindung nilai terhadap risiko harga dengan mengehadkan kadar pertukaran melalui transaksi masa hadapan yang telah dipersetujui. 
  • Kontrak ini disesuaikan mengikut keperluan khusus pedagang dari segi tarikh penghantaran dan harga masa hadapan, menjadikan kontrak tersebut lebih cair. 
  • Kontrak forward mempunyai privasi kerana pelaksanaannya secara OTC. 
  1. Pasaran Forex Futures:  

Pasaran forex futures berfungsi serupa dengan kontrak forward; namun, perbezaan utamanya ialah futures didagangkan di bursa berpusat, yang memberikan perlindungan kepada pedagang daripada risiko pihak lawan. Akibatnya, pasaran forex futures menawarkan kecairan yang jauh lebih tinggi berbanding pasaran forward. 

Ciri utama pasaran forex futures: 

  • Pasaran tersebut didagangkan di bursa, bermakna bursa berpusat mengawasi transaksi. 
  • Pasaran futures memerlukan margin bagi menampung potensi kerugian. 
  • Ketelusan terjamin kerana harga dan volum perdagangan tersedia secara terbuka, yang mengurangkan risiko pihak lawan.  

Konsep Utama dalam Perdagangan Forex: 

Terdapat aspek penting dalam perdagangan forex yang mesti difahami, khususnya oleh pemula. Aspek tersebut merangkumi pemahaman tentang maksud pip dan aplikasinya dalam perdagangan, pemahaman tentang saiz lot dan jenisnya, leveraj, kegunaannya, serta risiko yang terlibat. 

  1. Apakah itu Pip, dan mengapakah penting untuk mengetahuinya? 

Dalam dunia perdagangan forex, memahami pip sangat penting bagi pedagang. Pip merujuk kepada titik peratusan terkecil yang boleh berubah dalam harga pasangan mata wang. Pip dianggap sebagai unit ukuran utama dalam pasaran pertukaran mata wang asing (forex) kerana membantu pedagang menyatakan perubahan nilai antara dua mata wang. Dalam kebanyakan pasangan mata wang, pip merujuk kepada pergerakan satu unit pada tempat perpuluhan keempat. 

Contohnya, dalam EUR/USD, perubahan satu pip berlaku apabila harga bergerak dari 1.1380 kepada 1.1381. Namun begitu, dalam pasangan mata wang yang melibatkan yen Jepun, pip bergerak di tempat perpuluhan kedua. Sebagai contoh, jika USD/JPY bergerak dari 144.15 kepada 144.16, ini juga mewakili perubahan satu pip. 

Mengapakah penting untuk mengetahui Pip:  

  1. Membantu pedagang menganggar tahap kemeruapan pasaran. 
  2. Membantu dalam mengira potensi keuntungan dan kerugian. 
  3. Sangat penting untuk pengurusan risiko, kerana pedagang boleh menentukan toleransi risiko masing-masing dan menetapkan pesanan stop-loss atau take-profit dengan sewajarnya. 
  1. Apakah itu saiz Lot?  

Lot dalam pasaran perdagangan forex merujuk kepada unit piawai yang digunakan untuk mengukur saiz transaksi. Apabila anda membuka sesuatu posisi pada platform perdagangan anda, anda perlu menetapkan saiz lot bagi pesanan tersebut, yang dinyatakan dalam bentuk lot. 

Terdapat empat jenis Saiz Lot:  

  Standard Lot    100,000 unit mata wang asas 
  Mini Lot   10,000 unit mata wang asas  
  Micro Lot   1,000 unit mata wang asas  
  Nano Lot   100 unit mata wang asas 
  1. Apakah itu Leveraj Kewangan? 

Leveraj kewangan dalam forex CFD (Kontrak untuk Perbezaan) merujuk kepada keupayaan untuk mengawal kedudukan pasaran yang lebih besar dengan hanya menggunakan sejumlah kecil modal. Leveraj membolehkan pedagang meningkatkan pendedahan serta potensi keuntungan mereka, namun pada masa yang sama turut meningkatkan risiko kerugian yang besar. 

Bagaimanakah leveraj berfungsi: Leveraj dinyatakan dalam bentuk nisbah, seperti 1:50, 1:100, atau 1:200. 

Contohnya, dengan leveraj 1:100, anda boleh mengawal kedudukan bernilai 100 kali ganda daripada deposit awal anda. 

Contoh: Sekiranya anda mempunyai $1,000 dalam akaun perdagangan anda dan menggunakan leveraj 1:100, anda boleh membuka kedudukan bernilai $100,000. Perubahan sebanyak 1% dalam nilai pasaran boleh menyebabkan keuntungan atau kerugian sebanyak $1,000, jumlah yang jauh lebih besar berbanding deposit awal anda. 

Kesimpulan: 

Perdagangan forex memerlukan pemahaman tentang konsep asas perdagangan, termasuk maksud pasangan mata wang, kerana pergerakan sesuatu mata wang bergantung pada pasangan tertentu yang didagangkan. Pedagang boleh mentafsir pergerakan ini dengan mengira perubahan pip serta mempelajari cara menentukan saiz lot yang sesuai bagi perdagangan mereka. Menguasai konsep ini amat penting untuk pengurusan risiko yang berkesan semasa berdagang. 

Berkenaan dengan leveraj kewangan, setelah anda memahami cara menggunakannya dalam perdagangan, anda boleh memaksimumkan  keuntungan anda. Namun begitu, langkah berhati-hati amat diperlukan kerana leveraj turut membawa risiko yang besar dan boleh menggandakan kerugian anda. 

Apakah itu Pasaran Forex (FX)?

Memahami Pasaran Forex (FX)  

Pasaran forex merupakan pasaran antarabangsa yang tidak berpusat tempat mata wang dibeli dan dijual 24 jam sehari, lima hari seminggu. Pasaran tersebut tidak tertumpu di satu lokasi. Sebaliknya, pasaran tersebut didagangkan secara elektronik melalui OTC berdasarkan rangkaian elektronik bank, broker, institusi kewangan, dan individu. 

Pertukaran mata wang asing juga dikenali sebagai Forex atau FX. Pasaran Forex merupakan pasaran kewangan terbesar dan paling cair di dunia. Pasaran tersebut menukar mata wang sebagai sebahagian daripada fungsinya dalam ekonomi global. Sama ada kita pengembara yang melawat negara lain atau syarikat multinasional yang membuat transaksi asing, kita berinteraksi dengan pasaran Forex secara langsung atau tidak langsung. 

Disebabkan kecairan dan pelbagai pasangan mata wang yang luas, pedagang tertarik kepada Forex. Pedagang boleh memperoleh wang dengan memantau dan menganalisis pasangan mata wang yang mereka kenali. 

Ciri-ciri Utama: 

  • Buka 24 jam/hari, 5 hari/minggu 
  • $7.5 trilion (anggaran) dalam volum perdagangan harian 
  • Sangat cair dan boleh diakses oleh pedagang institusi dan runcit 
  • Beroperasi merentasi pusat kewangan utama:  London, New York, Tokyo, Sydney 

Bagaimanakah Perdagangan Forex Berfungsi? 

Perdagangan berlaku dalam pasangan mata wang, seperti EUR/USD (Euro berbanding Dolar AS) atau GBP/JPY (Pound British berbanding Yen Jepun). Dalam pasangan tersebut, mata wang pertama yang disenaraikan merupakan mata wang asas, manakala yang kedua merupakan mata wang sebut harga. Pedagang bertujuan memperoleh keuntungan dengan mengambil kesempatan daripada perbezaan dalam kadar pertukaran, biasanya dengan membeli rendah dan menjual tinggi, atau sebaliknya. 

Contoh: 

Sekiranya anda percaya Euro akan menguat berbanding Dolar AS, anda boleh membeli EUR/USD. Jika kadar pertukaran meningkat, anda boleh menjual untuk mendapatkan keuntungan. 

What_Is_the_Forex_Market2

Jenis Pasangan Forex 

  1. Pasangan Utama – Paling banyak didagangkan dan termasuk USD (cth., EUR/USD, GBP/USD) 
  2. Pasangan Kecil – Tidak termasuk USD tetapi melibatkan mata wang utama (cth., EUR/GBP) 
  3. Pasangan Eksotik – Menggabungkan mata wang utama dengan mata wang pasaran baru muncul (cth., USD/TRY) 

Berapa Hari Perdagangan Forex Dalam Setahun? 

Berapa hari perdagangan dalam setahun? Kecuali cuti umum, pasaran forex dibuka setiap hari bekerja, iaitu Isnin hingga Jumaat. Oleh itu, kecuali cuti besar, hari perdagangan pertukaran mata wang asing dalam setahun akan berada antara 250 dan 252. 

Kira-kira 8 hingga 10 cuti umum mempengaruhi perdagangan forex dalam pasaran besar setiap tahun. Maka, bilangan hari perdagangan forex selepas pelarasan ialah: 

  • 260 (jumlah hari bekerja) 
  • Tolak 8 hingga 10 cuti 
  • Bersamaan kira-kira 250 hingga 252 hari perdagangan setiap tahun 

Adakah Semua Pasangan Forex Boleh Didagangkan Semasa Semua Sesi? 

Secara teorinya, kebanyakan pasangan mata wang utama boleh didagangkan 24/5 kerana pasaran forex tidak berpusat dan buka 24 jam sehari di hab kewangan utama di seluruh dunia dari Isnin hingga Jumaat. 

Namun begitu, kecairan dan volatiliti berbeza mengikut sesi dan pasangan, justeru sesetengah pasangan lebih cair dan mudah untuk didagangkan dalam sesetengah sesi: 

Ringkasan: 

  1. Semua pasangan secara teknikal boleh didagangkan apabila pasaran dibuka. 
  2. Kecairan dan spread adalah terbaik apabila pasaran berkaitan dibuka, maka perdagangan pasangan semasa sesi “rumah”nya biasanya menawarkan spread yang lebih ketat dan tindakan harga yang lebih baik. 
  3. Semasa sesi bertindih (cth., London/New York), banyak pasangan mengalami peningkatan volatiliti dan volum, menawarkan lebih banyak peluang perdagangan. 

Pasangan Forex Terbaik untuk Didagangkan Mengikut Sesi Berbeza 

Pandangan Tambahan: 

  • Pertindihan London/New York, yang berlaku antara 1 PM dan 5 PM GMT, merupakan tempoh paling cair dan volatiliti tinggi, menawarkan keadaan ideal untuk perdagangan pasangan mata wang utama seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY. 
  • Terbaik untuk mengelak perdagangan pasangan eksotik semasa tempoh aktiviti pasaran yang rendah, kerana spread cenderung melebar dan kecairan menurun. 
  • Menyelaraskan pasangan perdagangan anda dengan sesi pilihan anda membantu anda mengambil kesempatan daripada spread yang lebih ketat, pergerakan harga yang lebih kuat, dan risiko gelinciran yang berkurangan. 

Waktu Perdagangan Forex: Sesi Pasaran Global 

Operasi berterusan ini dibahagikan kepada empat sesi perdagangan utama berdasarkan waktu perniagaan hab kewangan utama: Sydney, Tokyo, London, dan New York. Disebabkan variasi kecairan dan volatiliti pasaran, setiap sesi menawarkan peluang perdagangan yang unik. 

Sesi Perdagangan Buka Pasaran (Waktu Tempatan) Tutup Pasaran (Waktu Tempatan) Buka Pasaran (GMT/UTC) Tutup Pasaran (GMT/UTC) 
Sesi Sydney 10:00 PM AEDT 7:00 AM AEDT 11:00 PM GMT 8:00 AM GMT 
Sesi Tokyo 9:00 AM JST 6:00 PM JST 12:00 AM GMT 9:00 AM GMT 
Sesi London 8:00 AM GMT 5:00 PM GMT 7:00 AM GMT 4:00 PM GMT 
Sesi New York 8:00 AM EST 5:00 PM EST 12:00 PM GMT 9:00 PM GMT 
  • Sesi Sydney menandakan permulaan minggu perdagangan forex dan biasanya mempunyai kecairan yang lebih rendah berbanding sesi lain tetapi penting untuk perdagangan pasangan AUD dan NZD. 
  • Sesi Tokyo bertindih dengan Sydney dan mengalami peningkatan aktiviti, terutamanya dalam JPY dan mata wang Asia yang lain. 
  • Sesi London merupakan pasaran terbesar, menghasilkan volum perdagangan dan volatiliti tertinggi, terutamanya untuk pasangan EUR, GBP, dan USD. 
  • Sesi New York bertindih dengan London selama beberapa jam setiap hari, mewujudkan tempoh perdagangan paling cair dan tidak menentu, sesuai untuk pasangan mata wang utama. 

Nota Penting: 

  • Waktu perdagangan forex berubah dengan perubahan Waktu Simpan Siang (DST) di pelbagai negara. 
  • Pasaran ditutup pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan cuti umum tertentu. 
  • Pertindihan London/New York (1 PM hingga 5 PM GMT) dianggap secara meluas sebagai masa paling aktif dan terbaik untuk berdagang. 

Memahami sesi tersebut membantu pedagang mengoptimumkan strategi mereka dengan memberi tumpuan kepada tempoh dengan kecairan dan pergerakan harga terbaik. 

Siapakah yang Mengambil Bahagian dalam Pasaran Forex? 

Pasaran forex adalah pelbagai dan termasuk: 

  • Bank Pusat: Untuk mengawal kestabilan mata wang dan melaksanakan dasar monetari 
  • Bank Komersial: Untuk penyelesaian transaksi global 
  • Syarikat: Untuk lindung nilai terhadap pendedahan mata wang asing 
  • Dana Lindung Nilai dan Pelabur Institusi: Untuk spekulasi dan kepelbagaian portfolio 
  • Pedagang Runcit: Individu yang menggunakan platform perdagangan untuk spekulasi atau pelaburan 

Mengapa Berdagang Forex? 

  • Pasaran 24/5: Berdagang pada bila-bila masa, 24/5, membolehkan fleksibiliti. 
  • Kecairan Tinggi: Volum perdagangan harian $7.5 trilion, memudahkan masuk atau keluar daripada perdagangan. 
  • Peluang Leveraj: Berdagang kedudukan besar dengan modal yang agak kecil (risiko tinggi) 
  • Strategi Pelbagai: Sesuai untuk scalping, perdagangan harian, perdagangan ayunan dan pelaburan jangka panjang 
  • Kebolehcapaian Global: Berdagang dari mana-mana sahaja di dunia dengan akses internet 
  • Kos Transaksi Rendah: Sering kali melibatkan spread dan komisen yang rendah 
  • Ketelusan: Harga masa nyata dan data pasaran tersedia untuk rujukan. 
  • Potensi Keuntungan dalam Pasaran Naik dan Turun: Kedudukan Pendek dan Panjang. 
  • Akses kepada Pasaran Global: Berdagang mata wang di seluruh dunia, memperoleh pendedahan kepada momentum ekonomi antarabangsa. 
  • Potensi Keuntungan Tinggi: Peluang untuk meraih keuntungan yang ketara jika disertai dengan analisis dan strategi yang betul. 
  • Berita dan Analisis Pasaran: Akses kepada kekayaan maklumat dan alat untuk menyokong keputusan perdagangan anda. 

Risiko yang Perlu Dipertimbangkan 

Walaupun perdagangan forex menawarkan banyak peluang, perdagangan tersebut juga datang dengan risiko, seperti: 

  • Volatiliti pasaran yang tinggi 
  • Penggunaan leveraj menguatkan kerugian 
  • Kekurangan peraturan dalam sesetengah bidang kuasa 
  • Cabaran emosi dan psikologi perdagangan 

Pengurusan risiko yang baik, pendidikan, dan strategi merupakan kunci untuk kelangsungan jangka panjang dalam pasaran forex. 

Akhir sekali, pasaran Forex (FX) merupakan sebahagian daripada sistem kewangan antarabangsa dan menawarkan peluang perdagangan yang tidak tertandingi kepada mereka yang memahami struktur dan operasinya. Sama ada anda pelabur berpengalaman atau pelabur baharu yang berminat dalam perdagangan mata wang, adalah penting untuk memiliki pengetahuan yang kukuh tentang Forex bagi menangani pasaran yang bergerak pantas ini dengan yakin.

Perdagangan Emas & Minyak: Faktor Utama dan Wawasan Pasaran

Perdagangan Emas & Minyak: Apakah Pemacu Pasaran? 

Emas dan Minyak merupakan aset strategik yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Kedua-dua komoditi merupakan yang paling aktif diperdagangkan dalam pasaran forex. Kedua-dua aset mempunyai persamaan dan perbezaan. Pedagang perlu sedar bahawa emas dan minyak saling berkait; penguasaan dalam kedua-dua bidang ini boleh meningkatkan strategi perdagangan mereka.  

Mari kita teliti semua faktor yang mempengaruhi harga Emas & Minyak serta hubungan di antara kedua-duanya:  

Asas Perdagangan Emas (Aset Pelindung Nilai): 

Emas merupakan komoditi yang sangat bernilai dan dianggap sebagai penyimpan nilai, selain digunakan dalam perhiasan. Emas mempunyai aplikasi penting dalam bidang kejuruteraan, elektronik, dan perubatan. Komoditi tersebut merupakan aset strategik kerana mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam memberikan pulangan yang baik untuk jangka panjang serta sebagai perlindungan daripada kesan inflasi. 

Emas turut dianggap sebagai pemelbagai yang berkesan dalam sesebuah portfolio kerana mempunyai korelasi negatif dengan ekuiti ketika pasaran merosot; malah, emas juga berpotensi memberikan pulangan positif ketika pasaran sedang berkembang. Emas merupakan aset yang sangat cair, penambahan walaupun sebahagian kecil pelaburan emas dalam proses peruntukan aset mampu meningkatkan pulangan portfolio yang diselaraskan dengan risiko, khususnya dalam portfolio gabungan saham dan bon. Pendekatan tersebut turut membantu mengurangkan volatiliti dan penurunan nilai portfolio. 

Cara paling popular untuk melabur dalam emas dan meraih manfaat daripada turun naik harganya ialah melalui perdagangan emas dalam pasaran Kontrak untuk Perbezaan (CFD), yang membolehkan pelabur berdagang arah pergerakan sekuriti dalam tempoh yang sangat singkat. Kelebihan CFD Emas ialah memerlukan modal permulaan yang lebih rendah, menyediakan leveraj, dan pilihan jualan pendek, yang membolehkan pelabur meraih keuntungan daripada kedua-dua kenaikan dan penurunan harga emas. 

Faktor yang Mempengaruhi Harga Emas: 

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi harga emas, antaranya ketidakpastian ekonomi, Inflasi, Kadar faedah, Peristiwa geopolitik, dan Penawaran serta permintaan.  

  1. Penawaran dan Permintaan: 

Penawaran dan permintaan merupakan faktor asas dalam menentukan harga emas. Semakin tinggi permintaan terhadap emas, semakin tinggi juga harganya; sebaliknya, apabila permintaan menurun, harga turut menurun. Tahap penawaran merangkumi pengeluaran perlombongan, aktiviti kitar semula, dan rizab bank pusat, yang semuanya boleh mempengaruhi ketersediaan keseluruhan dalam pasaran perdagangan emas. Sebaliknya, tahap permintaan berubah-ubah mengikut pelbagai faktor seperti pembuatan perhiasan, kegunaan industri, dan permintaan pelaburan. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap emas boleh berkurangan meskipun penawarannya tinggi, disebabkan oleh situasi seperti kemelesetan, kadar faedah yang lebih tinggi, atau prestasi aset lain yang lebih baik, yang akhirnya mengakibatkan penurunan harga emas. 

  1. Kadar Inflasi:  

Inflasi merujuk kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi. Apabila ekonomi mengalami kadar inflasi yang tinggi, mata wang akan susut, mendorong orang ramai mencari aset pelindung nilai. Oleh itu, harga emas cenderung meningkat semasa tempoh kadar inflasi yang tinggi. Orang ramai lebih suka menyimpan wang mereka dalam bentuk emas kerana nilai emas cenderung meningkat dari semasa ke semasa. Semasa tempoh kadar inflasi yang tinggi, permintaan terhadap emas bertambah sebagai lindung nilai terhadap inflasi.  

  1. Kekuatan Dolar AS: 

Kekuatan dolar AS mempunyai hubungan songsang dengan harga emas. Memandangkan emas dihargakan dalam dolar AS, semakin kuat dolar, semakin rendah harga emas. Apabila dolar AS mengukuh, harga emas menjadi lebih mahal bagi pembeli antarabangsa, mengurangkan permintaan emas dan memberi tekanan menurun terhadap harga. Sebaliknya, dolar yang lebih lemah menjadikan emas lebih murah secara relatif, sekaligus mencetuskan peningkatan permintaan dan membolehkan harga emas naik. Sangat penting untuk memantau prestasi dolar AS bagi menjangka pergerakan harga emas. 

  1. Rizab Bank Pusat: 

Bank pusat di seluruh dunia cenderung memegang rizab emas yang ketara bagi mempelbagaikan rizab mereka. Memandangkan bank bertanggungjawab terhadap mata wang negara mereka, mereka perlu mempunyai rizab emas sebagai lindung nilai terhadap turun naik nilai, bergantung kepada kekuatan atau kelemahan ekonomi asas yang dilihat. Dasar bank pusat boleh memberi kesan kepada dinamik penawaran dan permintaan pasaran. Apabila bank pusat meningkatkan rizab emasnya, tindakan tersebut menandakan keyakinan terhadap logam kuning, sekaligus meningkatkan permintaan emas, kerana orang ramai biasanya mengikuti dasar bank pusat; akibatnya, harga emas meningkat. Sebaliknya, apabila bank pusat menjual rizab mereka, tindakan tersebut mungkin meningkatkan bekalan emas, berpotensi menurunkan harga. Selain itu, kadar faedah dan dasar monetari yang dilaksanakan oleh bank pusat turut mempengaruhi harga emas. 

  1. Dasar Monetari & Kadar Faedah Bank Pusat: 

Dasar bank pusat mempunyai kesan yang ketara terhadap harga emas. Sama ada mereka mengikuti dasar monetari pengembangan atau penguncupan, kedua-dua dasar boleh mempengaruhi harga emas. Jangkaan terhadap kadar faedah amat penting bagi pelabur emas, membantu mereka membuat keputusan termaklum tentang masa sesuai untuk membeli atau menjual emas.  

Apabila dasar bank pusat bersifat pengembangan, bermakna kerajaan meningkatkan perbelanjaan dan menurunkan kadar faedah; dalam kes tersebut, pelaburan emas menjadi lebih menarik berbanding pelaburan berkadar faedah rendah, yang tidak menjana pendapatan, sekaligus menyebabkan harga emas lebih rendah secara relatif berbanding pelaburan lain. Akibatnya, permintaan terhadap emas mungkin meningkat, mendorong kenaikan harga. 

Sebaliknya, apabila dasar bank pusat menjadi penguncupan, ini bermakna mereka akan menaikkan kadar faedah untuk menyokong mata wang dan menarik pelaburan, jadi semuanya berkaitan dengan kos peluang; pada masa ini, pelabur akan mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset yang memberi faedah, mengurangkan permintaan terhadap emas dan berpotensi menurunkan harga emas. 

Asas Perdagangan Minyak (Komoditi Tenaga): 

Perdagangan minyak melibatkan pertukaran minyak mentah, komoditi penting dan sangat bernilai di dunia. Komoditi tersebut dianggap sebagai tulang belakang ekonomi global, sumber tenaga utama, dan bahan mentah yang kritikal. Minyak mentah digunakan di seluruh dunia.  

Harga minyak amat sensitif kepada keadaan ekonomi global dan peristiwa geopolitik; harganya boleh menjadi  tidak menentu dan berubah-ubah secara mendadak sebagai tindak balas kepada berita utama atau peristiwa yang tidak dijangka. Dinamik penawaran dan permintaan turut mempengaruhi harga minyak.  

Perlu diambil perhatian bahawa pelbagai harga minyak diperoleh secara berbeza, seperti Minyak Mentah WTI, penanda aras bagi kontrak hadapan minyak yang diperdagangkan di Bursa Niaga New York CME, Minyak mentah Brent pula merupakan penanda aras antarabangsa yang digunakan di Eropah, Bakul OPEC merujuk kepada harga agregat untuk minyak yang dikeluarkan dan dieksport oleh negara-negara OPEC manakala Arab Saudi merupakan ahli utama organisasi tersebut. Perdagangan minyak juga boleh dilakukan melalui CFD. Oleh itu, anda boleh memanfaatkan kelebihan jualan pendek, modal permulaan yang lebih rendah, dan leveraj. 

Faktor yang Mempengaruhi Harga Minyak: 

Harga minyak boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor utama yang boleh menyebabkan turun naik harga yang ketara. 

Memantau faktor-faktor tersebut amat penting bagi pedagang untuk mengelakkan risiko yang berpunca daripada volatilitit pasatan yang tidak dijangka. Dengan memerhati faktor utama yang mempengaruhi pasaran, anda boleh mengelakkan perdagangan pada waktu tersebut, atau menutup kedudukan terbuka anda.  

  1. Penawaran dan Permintaan: 

Pemacu utama harga minyak ialah keseimbangan antara penawaran dan permintaan minyak di peringkat global. Semasa bekalan terhad, harga minyak cenderung meningkat. Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, krisis minyak berlaku, dan harga minyak meningkat tiga kali ganda disebabkan gangguan bekalan. Sebaliknya, lebihan penawaran atau permintaan yang melemah boleh menyebabkan harga minyak jatuh. 

  1. Pertumbuhan Ekonomi Global: 

Secara amnya, semasa tempoh pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, harga minyak cenderung meningkat, dan semasa kemelesetan, harga pula cenderung menurun. Apabila ekonomi global berkembang, menunjukkan terdapat aktiviti industri yang tinggi, peningkatan pengangkutan, dan penggunaan tenaga yang berterusan, mengakibatkan permintaan yang tinggi dan kenaikan harga minyak. Sebaliknya, jika kemelesetan berlaku, bermakna penggunaan keseluruhan menjadi terhad, mengakibatkan permintaan yang rendah, dan seterusnya menyebabkan harga menurun. 

Sebagai contoh, dunia telah menghadapi pelbagai krisis yang memberi kesan besar terhadap harga minyak, antaranya:  

  • Pada tahun 2008, berlaku krisis ekonomi dan kewangan global. 
  • Pada tahun 2020, perang harga antara OPEC/Russia. 
  • COVID-19, baru-baru ini, mengganggu rantaian bekalan global serta permintaan agregat dalam kedua-dua ekonomi pengeksport dan pengimport minyak. 
  • Sekatan perintah berkurung menyebabkan penurunan ketara dalam harga minyak di pasaran global, daripada $61 pada 2 Januari 2020, kepada $12 pada 28 April 2020. 
  1. Peristiwa Geopolitik: 

Semasa kejutan geopolitik, harga minyak dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang merosot, yang memberi kesan negatif kepada rantaian bekalan dan meningkatkan volatiliti, akhirnya mendorong harga minyak naik. Khususnya, sebarang konflik atau ketidakpastian yang berlaku di wilayah pengeluar minyak, seperti Timur Tengah atau Russia, boleh menyebabkan gangguan dalam rantaian bekalan. Selain itu, sekatan atau larangan terhadap pengeluar minyak utama boleh memberi kesan kepada bekalan global, yang sering menyebabkan kenaikan harga. 

  1. Keputusan OPEC: 

OPEC bertanggungjawab untuk mengawal selia penawaran minyak bagi menetapkan harga di pasaran dunia. Organisasi negara-negara pengeksport petroleum merujuk kepada kumpulan 12 pengeksport minyak utama. OPEC menetapkan kuota pengeluaran serta menentukan bila untuk mengurangkan atau meningkatkan pengeluaran minyak. Keputusannya memberi kesan yang ketara terhadap bekalan global, yang seterusnya mempengaruhi harga minyak. Pedagang biasanya memantau mesyuarat OPEC dengan teliti bagi menjangka pergerakan harga pada masa depan. 

Kesimpulan: 

Perdagangan komoditi seperti emas dan minyak memerlukan pemahaman yang mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi harganya. Apabila berdagang aset strategik, adalah penting untuk mengetahui semua faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi harganya untuk meminimumkan risiko yang berkaitan dengan volatiliti harga. Kejayaan dalam perdagangan komoditi bergantung kepada penguasaan faktor-faktor utama yang mempengaruhi aset asas, pemilihan strategi perdagangan yang berkesan, serta penentuan toleransi risiko anda. Harus diingat bahawa perdagangan yang menguntungkan memerlukan pendekatan yang berdisiplin dan strategi yang sistematik.