Pelajari Forex: Dari Pemula ke Profesional

Pelajari asas perdagangan pertukaran asing bersama pakar dan mulakan perjalanan anda menuju kebebasan kewangan.

Apakah itu Forex?

Forex (Foreign Exchange) merupakan pasaran tempat mata wang diperdagangkan.
  • Mata wang diperdagangkan secara berpasangan (contohnya, EUR/USD, GBP/JPY)
  • Pedagang membuat spekulasi sama ada nilai satu mata wang akan naik atau turun berbanding mata wang yang lain.
  • Antara peserta utama termasuk bank, bank pusat, syarikat, dan pedagang runcit

Ciri-ciri Utama
Perdagangan Forex

Pasaran 24/5 - Beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu

Leveraj membolehkan pedgang mengawal kedudukan yang lebih besar dengan modal yang lebih kecil, sekali gus meningkatkan potensi keuntungan dan risiko

Pasaran Global dengan harga bertindak balas kepada peristiwa seperti tindakan bank pusat dan data ekonomi

Kecairan tinggi memudahkan urusan jual beli disebabkan oleh volumn perdagangan yang besar.

Spread Ketat terutamanya bagi pasangan mata wang utama seperti USD/JPY atau GBP/USD

Mesra Pemula kerana forex mudah diakses dalam talian, dengan keperluan kemasukan yang rendah dan pilihan perdagangan yang fleksibel

24/5 Market - Open 24 hours a day, five days a week

High Liquidity makes it easy to buy and sell due to large volumes​

Leverage allows traders control larger positions with smaller capital - increasing both potential profit and risk ​

Tight Spreads, especially for major currency pairs like USD/JPY or GBP/USD​

Global Market with prices reacting to events like central bank moves and economic data​

Beginner-friendly as forex is widely available online, with low entry requirements and flexible trading options​

Kelebihan Perdagangan Forex

  • Kecairan tinggi membolehkan pelaksanaan perdagangan yang pantas dengan gelinciran harga yang minimum
  • Waktu perdagangan fleksibel sesuai dengan pelbagai zon masa dan gaya hidup
  • Kos kemasukan rendah dengan saiz perdagangan kecil dan spread yang ketat
  • Pelbagai pasangan mata wang menawarkan peluang perdagangan yang pelbagai
  • Alat lanjutan seperti carta, penunjuk, dan platform automatik tersedia secara meluas

Kelemahan Perdagangan Forex

  • Volatiliti tinggi boleh menyebabkan kerugian dalam masa singkat
  • Risiko leveraj boleh membesarkan keuntungan dan kerugian
  • Keluk pembelajaran yang curam bagi pemula yang kurang mahir dalam makroekonomi
  • Perdagangan beremosi yang didorong oleh ketakutan dan ketamakan boleh menjejaskan pertimbangan
  • Pergerakan harga sukar diramal dan sangat sensitif terhadap berita dan peristiwa global

Bagaimanakah Memulakan Pembelajaran Perdagangan Forex

Memulakan perdagangan Forex memerlukan pendekatan yang berstruktur. Berikut adalah langkah-langkah penting untuk membina kemahiran dan keyakinan anda:

Langkah 1: Ikuti Berita Kewangan

Kekal terkini dengan mengikuti perkembangan kadar faedah, inflasi, pergerakan bank pusat, dan peristiwa global yang memberi kesan kepada mata wang

Langkah 2: Pelajari Analisis Forex

Kaji dan kuasai analisis asas (ekonomi) dan teknikal (carta) untuk mengenal pasti peluang perdagangan yang berpotensi.

Langkah 3: Berlatih dengan Akaun Demo

Gunakan platform demo untuk mensimulasi perdagangan dalam keadaan pasaran sebenar dan berdagang menggunakan wang maya

Langkah 4: Sertai Kursus Dalam Talian dan Hadiri Webinar

Pelajari konsep asas seperti pasangan mata wang, leveraj, dan spread melalui kursus dalam talian, dan dapatkan wawasan pasaran masa nyata dengan menghadiri webinar dan seminar yang dikendalikan oleh pakar

Langkah 5: Pelajari Pengurusan Risiko

Gunakan alat seperti stop-loss, take-profit, saiz lot, dan nisbah risiko-kepada-ganjaran untuk melindungi modal anda serta menguruskan volatiliti dengan berkesan

Mulakan dengan Sumber Kami

eBuku Percuma

Muat turun panduan perdagangan komprehensif kami untuk pedagang pemula dan pertengahan yang ingin mengasah kemahiran mereka.

Strategi Perdagangan Terbukti

Akses strategi perdagangan yang telah diuji bagi membantu anda membuat keputusan kemasukan, keluar, dan pengurusan risiko dengan lebih berkesan.